Thursday, March 15, 2012

selamat berkenalan dengan roommate saye!

untuk tahun ni, roommate kitorang ditentukan oleh ketua guru asrama. mula-mula tuh macam geram lakan, sebab dah penat-penat hantar name list untuk roommate tahon ni. tup, tup, batal plak! tapi, ade hikmah kot sume benda tu jadik! aku dapat roommate baru! yg double the great, double the fun sengallnya! haha. jgn marah! sepanjang 3 bulan lebih niy, kitorang duduk sebilik, da macam-macam benda otai lah yang kitorang buat! haha

tapi, first of all, aku kenalkan diorang dulu la yek!



Nurul Husna bt Omar. budak Pahang and Melaka. exco tugas-tugas khas dalam LDP. aku rasa dialah akak yang paling disenangi kat aras dua tuh. sebab, dia niy baik. muka senyum jer. sebab tulah budak form 2 dengan form 4 baek dengan dia! hee.

NEXT!



Iman Nabihah bt Noor Azam. Vice exco bangunan akademik dalam LDP! *kalau tak mention jawatan nanti kena ketuk kepala aku!* haha. one of ben 10 sister dah selamat jadik roommate aku tahun lepas. bersambung kat tahun ni pulak! a very nice roommate lah! *mesti kau bangga aku puji kau kan!* haha.

SETERUSNYA!



Nurin Jazlina bt Mukhtar. Exco Dewan Selera dalam LDP. budak ni kecik jer. tapi, geng aku menyanyi jugaklah kan dalam bilik tu. haha. Nurin sangat tegas kalau dia tengah marah. tapi, still roommate yang sangat sengal!

Penat kan dengar cite aku yang ade ramai kawan sengal. haha. aku boleh kena gam beb sebab cakap kawan aku sengal! haha.

series. roommate dengan diorang banyak benda aneh yang dah jadik kat aku.

first!

selama ni, even dobi bilik aku hantar banyak mana pon, tak penah kantoi dengan dobi maktab. tapi, satu hari ni,kitorang terkantoi dengan ustaz kitorang. datang-datang nak amek bakul jer terpampang atas bakul dobi tuh satu note yang aku ingat ayatnya sampai hari ni!

"sila berjumpadengan Ustaz Aziz untuk menuntut lebihan baju anda"

gila sentap waktu tu. berdekah-dekah aku dengan husna kat bawah surau tu hah.

tu satu.

masa tu, form 5 ader seminar easymath kat sekolah. sesi petang start pukul 2.30. punyalah terbaik, kitrang bole bangun pukul 3 petang. dengan cepatnye, kitorang bersiap and bergegas pergi seminar tuh. sampai-sampai je, husna dengan tak boleh blah, boleh panggil HEA kitorang and bagitau dia yang kitorang datang lambat. HEA pon bagilah kitorang masok.

sumpah, malu!

lagi satu,

kitorang ade kuiz addmath hari ahad pukul 1 tengahari. standard waktu tidor kitorang lah kan. nak dijadikan cerita, kitorang tak pegi kuiz tuh sebab tertidur. bangun bangun jer jam dah pukul 2. maknanye kuiz tu dah habes. so, na buat macam mane kan? redha jelah kitorang!

esoknya, kitorang pergi carik cikgu addmath tuh and pujuk dia untuk buat kuiz tok kitorang.

boleh kate otai jugaklah kan kitorang? haha.

seriously, bestlah walaupun baru 3 bulan!

#it's good to get to know you all!

Tuesday, March 13, 2012

jalan-jalan cari makan!

hello, my blog! pergh! 55 kali aq bersin sebab kan blog yang berhabuk tahap dewa niy! gila berabad tak post ape-ape! standard akulah kan. mana reti nak menulis segala bagai ni.

memandangkan aku baru balik dari port dickson, so itu jelah cerita sensasi lagi panas buat masa sekarang niy.

seriously, percutian kali ni memang 100% makan! serious! since hari first kitorang gerak dari bandar penawar indah permai ni, abah memang dah selamat beli dua plastik makanan nganyip-nganyip *kira bahasa family aku, makanan ringan. macam tulah!* lepas tu, sampai RNR Pagoh, selamat mi sup masok dalam perut aku! hee~ oke. sampai je kat Port Dickson, kitorang meneman member abah makan dan dalam pada itu jugalah kitorang mengorder makanan untuk dimakan kat hotel. so, sekali lagi, makan! haha! aku and abah order kuey teow, mak and esyah order nasi goreng kampung, adik order mee goreng. tapi sumenyer memang terbaek dari ladang lah! enak dimakan begitu saja! oke. malam menjelang tiba, keluar lagi untuk cari makanan! abah pulak teringin nak makan sate kajang. tapi, nak tunggu kuah sate je, 1 jam masa yang diperlukan! *dan mengapakah aku menulis ayat seskema ini?* ==' kitorang still order tapi bungkus la. bawak balik hotel. then, kitorang decide pergi makan kat benteng, tapi, aku tak makan lah kan sebab abah just order kerang bakar! oh, bagi aku sejuta suruh aku makan benda tu pun aku tak nak lah seyh! habes kat benteng, akak aku punya sengal pegi mintak mcd kat abah kan. free2 jer malam tuh aku dapat spicy chicken mcdeluxe! oh, perot, sabarlah menghadapi dugaan ini!


haha. then, pegi amek sate yang masya-Allah! gila banyaknya! member abah pegi order sate yang sume sekali harganya RM75. 20 cucuk ayam, 20 cucuk daging, 10 cucuk kambing and 10 cucuk arnab! so, balik hotel kompom2 aku lantak burger dulu lah kan. lepas makan burger pon aku rasa nak termuntah, tapi aku sumbat jer dengan dua tiga cucuk sate. haha. lepas tuh, gila tak larat nak makan lagi. then, sate tu pun selamat disimpan dalam fridge hotel tuh sekali dengan fries yang kitorang dapat untuk burger sekali! fuh!
esok pagi, kitorang sarapan lambat, so mak cakap teros makan tengahari. masa tu jam dah pukul 11 lebih. makan pagi hari tu ialah nasi ayam. gila pedas! tu yang adik aku cakap la. tapi, aku chill je makan nasi tu! area pukul 3 macam tu, abah habis interview, so dia ajak makan lagi! asam pedas! hebat lah perut aku boleh mencerna makanan secepat tu!


haha. then, kitorang gerak balik and singgah Melaka. makan malam tuh kat Mahkota Parade, Yee Mee! aku rasa macam makan ayam masak black pepper je. ==' then, malam tu jugak kitorang gerak balik ke Bandar Penawar indah permai. area pukul 10, kitorang singgah RNR Pagoh. akak aku beli nasi goreng and sambal telur. disebabkan memikirkan perut aku yang dah penuhlah aku tak beli apa-apa kat RNR tuh. then, dalam kereta ape lagi, habislah akak aku kena pau dengan aku! haha. oke, that night, aku tertidur dengan kekenyangan!

itulah percutian singkat yang aku and akak aku gelarkan as percutian makanan.

#patutlah ada orang cakap "orang Malaysia mati sebab kekenyangan!"